Profil Syarikat


MUARA MARKETING Sdn Bhd (MMSB) diperbadankan pada 7 Jun 2007. Sebelumnya pada 23 Feb 2003, ia didaftarkan sebagai syarikat perkongsian. Modal Berbayar MMSB ialah RM500,000.00. Ekuitinya 100% dimiliki bumiputra. Diterokai dan diketuai oleh pemegang saham utama Hj Mokhtar Hj Ibrahim, 21 tahun berpengalaman dalam perniagaan konvosional dan 12 tahun pengalaman dalam perniagaan MLM (Multi-Level Marketing).
MMSB telah dilesenkan sebagai sebuah Syarikat Jualan Langsung dengan Plan Pemasaran Berbilang Tingkat oleh KPDN & HEP pada 6hb Mac 2008 bernomborkan AJL 931728. Pada tahap ini aktiviti utama syarikat ialah memasarkan produk-produk yang berasaskan herba tempatan yang dikilangkan di Malaysia. Fokus kami ialah produk-produk halal yang melepasi piawaian pihak berkuasa berautoriti di Malaysia. MMSB mula beroperasi dipejabat urusan utama di Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan.
Insyaallah pada masa terdekat syarikat akan menerokai kearah pengilangan sendiri. Matlamat akhir kami ialah ingin melahirkan ummah yang sihat (jasmani dan rohani); melahirkan usahawan bertaraf jutawan dengan pentarbiyahan semakin kaya, semakin tunduk kepada yang Maha Pencipta.

Visi

“Ingin menjadikan industri Pemasaran Berbilang Aras (MLM), sebagai medan
yang boleh melahirkan seramai mungkin usahawan bertaraf jutawan
di Malaysia.”
 

Misi

“Bersama berkongsi peluang memasarkan produk-produk Halal makanan
kesihatan berasaskan herba-herba tempatan, melalui konsep Pemasaran
Berbilang Aras (MLM).”